Dialog Transq Tahun 4 & Tahun 5

9 November 2015 (Isnin) – Sekolah mengadakan Dialog Transq Tahun 4 & Tahun 5 bersama ibu bapa bertempat di bilik Darjah Tahun 4. Dialog Transq ini mendedahkan lebih awal kepada ibu bapa tentang format terbaharu UPSR yang diperkenalkan oleh pihak KPM.

This entry was posted on November 9, 2015.

MESYUARAT HEM KOKUM & TAKLIMAT GROW

03 November 2015 (selasa) – Mesyuarat HEM, KOKUM & Perkongsian GROW diadakan bagi merangka pelan rancangan kerja dan aktiviti yang telah berjaya di laksanakan sepanjang tahun 2015. Mesyuarat dan taklimat di sampaikan oleh guru besar dan dihadiri semua guru termasuk 5 guru pelatih. Mesyuarat bermula pada 1:00 pm dan berakhir pada jam 2:30pm

This entry was posted on November 3, 2015.

UJIAN DIAGONISTIK FEEDER SCHOOL TAHUN 6

02 November 2015 (Isnin) – Ujian diagonistik Tahun 6 telah dijalankan oleh 2 orang guru dari feeder school iaitu SMK Sri Nangka. Ujian berjalan nermula 8:00 dan berakhir pada jam 11:00. Ujian ini bertujuan untuk pra penilaian sebelum murid tahun 6 menjejakkan kaki ke tingkatan 1.

This entry was posted on November 2, 2015.

Gotong Royong PIBG

1
30 Oktober 2015 (Jumaat) – PIBG sekolah yang terdiri daripada beberapa ibu bapa telah menjalankan inisiatif membina pondok PIBG untuk kemudahan murid-murid sekolah. Gotong Royong ini di ketuai oleh pengerusi PIBG En. Anthony Dulasi. Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan pembahagian Bantuan KWAPM dan Ekasih untuk murid tahun 1.

This entry was posted on October 30, 2015.

Mesyuarat kurikulum ke-5 Tahun 2015

29 Oktober 2015 (khamis) – mesyuarat kurikulum sekolah dijalankan bagi menyampaikan perkembangan terkini dalam kurikulum sekolah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri 14 orang guru dan 5 orang guru pelatih (praktikum).

image

image

image

This entry was posted on October 29, 2015.

Lawatan Pegawai SICT PPD Tuaran

04 Febuari 2014 (Selasa)-Terdapat dua orang pegawai SICT PPD Tuaran telah mengadakan lawatan ke sekolah untuk memantau prestasi kemajuan pelajar tahun 6. Mereka telah mengadakan dialog bersama guru matapelajaran tahun 6 Matematik dan Bahasa Melayu.

image

This entry was posted on February 4, 2014.

Program Nilam Sekolah

4 Febuari 2014 (khamis)-Program nilam yang telah bermula pada hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan guru. Seawal jam 7:00 pagi, murid-murid telah memulakan pembacaan buku di sudut-sudut bacaan dan koridor sekolah yang disediakan oleh pihak PSS. Semoga program ini dapat memupuk budaya membaca dikalangan murid-murid.

image

image

image

image

This entry was posted on February 4, 2014.